Kursus ICT PI Daro Sesi Disember 2019 (MS Office Word & KDB)
8 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniBagi memenuhi keperluan di atas sambutan luar jangkaan, PI Daro dengan kerjasama Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) bersama Komuniti PI Daro, meneruskan Kursus ICT PI Daro untuk sesi Disember 2019 bermula 7 Disember 2019. Modul pertama untuk Kursus ICT PI Daro sesi Disember 2019 adalah MS Office Word & KDB. Modul ini dijalankan pada sebelah pagi bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Daro. Melalui modul ini, ianya menekankan para peserta untuk memahami sebaik-baiknya tentang aspek-aspek seperti:
• Mempelajari peralatan asas di dalam Microsoft Word 2013.
• Mengetahui kegunaan MS Word untuk membuat dokumen seperti surat, laporan, resume dan sebagainya.
• Mempelajari dan memahirkan diri semasa menaip menggunakan MS Word berdasarkan format-format yang telah ditetapkan.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi.
Seramai 12 orang peserta menghadirkan diri ke kursus ini yang terdiri daripada para pelajar sekolah menengah, belia lepasan SPM, STPM, belia yang belum bekerja dan kakitangan Awam.
Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: